Tuesday, October 6, 2009

Haiwan Paling Berani Di Dunia

Semalam Wak tengok rancangan National Geografic kat RTM1. Kisahnya pasal haiwan pemangsa yang dikagumi. Pastinya banyak sedara mara kucing yang masuk carta top ten. Tapi ada satu haiwan yang paling menarik perhatian wak. Honey Badger..itu nama orang putih bagi.Dalam Bahasa Melayu wak tak tahulah apa dia. Mamalia ni dicatatkan dalam Guinness World Records sebagai Haiwan Paling Berani Di Dunia. Haiwan ini dapat gelaran ini,sebagaimana yang diberitahu dalam rancangan itu,Honey Badger tak peduli sebesar mana haiwan itu,sekuat mana haiwan itu dan merbahaya macam mana sekalipun, ia tak akan lari tapi tetap lawan. Dalam satu video nya dipaparkan Honey Badger menentang sekumpulan Jakel (spesies musang/dubuk) yang mencuri makanannya. Walau dah cedera parah dia tak larikan diri dan terus melawan hingga akhirnya mati. Tapi jakel tak makan macam hos National Geografic tu cakap " Keberanian dan Perjuangan yang dihormati lawan.."

Ko fikir Ko besar aku takut !!!!
Dalam mencari makanan haiwan ini kerap memilih haiwan berbisa. Cobra sebagai haiwan yang paling berbisa didunia pun tewas dengan Honey Badger. Honey Badger satu dari ciptaan Tuhan yang unik. Diciptakan dengan rupa yang biasa tapi dianugerahkan satu keberanian yang luar biasa.

Monday, October 5, 2009

Main Carrom

Sejarah asal Carrom masih tak diketahui. Sesetengah orang kata ia diperkenalkan oleh Maharaja India,tapi ramai yang percaya ia bermula dari British. Walaubagaimanapun, carrom dimainkan secara serius dalam perlawanan bermula di Sri Lanka sekitar tahun 1935 (mungkin ketika itu main kat kedai kopi atau tepi jalan) dan pada tahun 1958,Sri Lanka dan India telah mengorganisasikan Carrom menjadi profesional melalui penganjuran yang melibatkan pertandingan antara kelab,penajaan dan hadiah lumayan. Sehingga tahun 1980'an Carrom akhirnya menjadi popular di seluruh dunia,selepas penglibatan ramai individu dari Eropah yang berlatih sehingga menjadi profesional. Maka wujudlah International Carrom Federation yang mana pada tahun 1988 Kongres Carrom terbentuk dan pada tahun 1989, India,Sri Lanka,Maldives,Germany,Switzerland & Holland bertanding dalam Kejohanan Carrom Antarabangsa. (rujukan http://www.carrom.org/game/?subcat=10) Malaysia juga mempunyai ramai pemain Carrom berbakat dan dimainkan bukan sahaja di kampung kampung,di kedai kopi Wak Leman tetapi juga di bangunan besar. Antara joyah dan jongos disini,ada juga yang menunjukkan bakat luar biasa sebagai pemain carrom yang jika di beri latihan pasti menjadi lebih profesional.

Kejohanan Carrom Yang Diadakan Oleh Joyah & Jongos. Yang duduk atas tembok tu bukanlah bermuka tembok tetapi pengulas perlawanan yang sibuk dengan H/Pnya

Nama : Sarjan Rosli Bakat : Jentikan Menonggeng (digunakan ketika kedudukan buah carrom dalam keadaan yang terlalu sukar.Strategi ini amat berkesan tetapi sering mengalami kesukaran jika kejohanan di mainkan di tempat yang sempit)

Nama : Faezah a.k.a Faez Bakat : Jentikan Pedih Jari (Kemahiran ini tak ada pada pemain profesional di seluruh dunia kerana boleh mencederakan jari tapi Faez sudah profesional dan bakatnya melakukan jentikan ini amat di kagumi seluruh dunia. Lirikan mata yang tajam juga sering digunakan untuk memukau lawannya atau memberi efek psikologi yang menimbulkan fobia terhadapnya )

Nama : Zuraini a.k.a Zoo Bakat : Tidak Diketahui (dia mempunyai cara yang berbeza dalam setiap permainannya hingga sukar di signifikasikan pihak lawan. Dia juga mampu membuat bat @ beat yang tepat seolah olah ada jin yang menunjukkan sasaran sepatutnya)

Nama : Liana Bakat : Jentikan Melencong( cara permainannya amat mengelirukan.matanya padang lain tapi kena buah Carrom yang lain. Tapi ia sering berhasil dan menjadi misteri dalam kejohanan Carrom.Adakah ia suratan atau kebetulan??. Lawannya juga sukar menduga strategi seterusnya kerana dia sering beralih kedudukan ke kiri dan ke kanan.) Sebenarnya itulah rutin joyah dan jongos ketika sedang menantikan rehat sejam berakhir.Mana tahu lepas pencen ni boleh join mana mana Kelab Carrom dan bertanding di peringkat antarabangsa.