Thursday, November 19, 2009
Penangan Musim Hujan...Menarik Nie...
Wednesday, November 18, 2009
Kenapa King Kong Tumbuk Dada Sendiri..??
King Kong sedang bersedia nak tumbuk dadanya.Lambang Kejantanan
Sebelum Wak bagitahu jawapannya..biar Wak cerita sejarahnya yang akan menjelaskan jawaban lebih terperinci.
Satu ketika dulu masa King Kong ni dilahirkan bapa kepada King Kong ni sangat gembira. Punyalah gembira dan nak bagitahu satu dunia hutannya tu bahawa dia ni sememangnya jantan.Kalau tak jantan takkan mengandung mak King Kong tu kan. Bapa King Kong ni berfikir macammana nak bagitahu seluruh hutan.Nak buat pengumuman..dia bukan setakat buta huruf,satu bahasa pun tak tahu.Setakat 'ho..ho..ho' jelah yang dia reti. Akhirnya diapun dapat satu idea..dia mesti menggunakan penumbuknya yang amat terkenal sangat kuat tu..Lantas dia pun menumbuk,bukan kat dada seperti sekarang..tapi kat tempat yang mana kalau ditunjuk memang sahihlah jantannya. Sekali dia tumbuk,senak perut.Dua kali tumbuk "PEEEEECAAHHH.....!!!" Sejak kejadian tragis dan bodoh tu,bapa King Kong tu automatik menjadi mandul.Jadilah King Kong tu anak tunggal..King Kong tu pun bila dah besar pun ambil iktibar dari kebodohan bapanya agar nak tunjuk kejantanan jangan kat 'situ'. Itu pasallah King Kong kalau nak tunjuk kejantanan mesti tumbuk kat dada,kalau dia tumbuk kat tempat sensitif tu mesti gelap masa depannya.Dan sebab tu jugalah King Kong ada seekor je.Kalau bapa King Kong tu tak mandul mesti banyak lagi adik beradiknya yang boleh dia mengawan bila dah besar. Skill King Kong tunjuk kejantanan ni sebenarnya dah dipraktikan oleh kaum lelaki juga.Asal nak tunjuk hero ke,eksyen ke atau riak mesti tumbuk dada.Kenapa korang tak percaya...???Tak percaya tak pelah tapi jangan pula korang tanya Wak pula,kalau orang lelaki nak tunjuk kejantanan @ kelakian mesti tumbuk dada,orang perempuan nak tunjuk kewanitaan macam mana pulak?. Heh...Itu Wak tak tahu, tapi Wak pasti diorang takkan berani tumbuk kat dada punyalah..Kah..Kah..Kah..Cerita Mek Tie Di HKL
Kereta Kancil Yang Luas dan Lapang
Friday, November 13, 2009
Asal Usul Elektrik
Benjamin Franklin
Seterusnya saintis lain seperti Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798) dan André-Marie Ampère (1775–1836).Tapi yang paling glamor rasanya ialah pencipta mentol, Thomas Edison (a.k.a Thomas Alva Edison).
Thomas Edison pegang mentol dengan penuh bergaya
Tapi ramai yang tak tahu dari mana datangnya nama elektrik ni. Kita pernah dengar unit Voltan sebagai unit untuk beza keupayaan elektrik yang ditemui oleh Alessandro Volta (1745-1827) dan Ohm (rintangan dalam elektrik) yang ditemui oleh Georg Simon Ohm (1789-1854). Jadi biarlah Wak nak cerita kat sini dari mana perkataan elektrik ni ditemui. Untuk pengetahuan korang juga.
Kisahnya bermula apabila anak lelaki Pak Edi ni, Thomas pergi mengembara ke serata dunia untuk memaklumkan penemuan mentolnya sambil mencari nama untuk arus yang membolehkan Mentolnya menyala.Iyalah benda canggih zaman tu,mestilah nak eksyen kan.Korang ada handset baru harga ribuan ringgit pun nak eksyen juga kan?Lebih lebih lagi kat kedai makan...Sepanjang pengembaraan di seluruh dunia Thomas Edison (anak lelaki Pak Edi) dengar macam macam perkataan yag mengambarkan kekaguman pada ciptaannya.Sebelum tu Wak nak cerita yang perkataan "Mentol" dah tercipta tetapi elektrik belum wujud lagi.Ia cuma digelar "Eeeee.." sebagai tanda kalau korang pegang benda tu sewenang wenangnya maka mulut korang akan berbunyi macam tu.
Sambung semula cerita...dekat India dia dapat nama "Ayoyo" yang mana selepas orang India tengok kaca tu bercahaya mereka beramai ramai menyebut "Ayoyo...". dan Kat jepun dapat nama Doraemon,yang konon kononnya si Thomas ni adalah kucing ajaib yang ada poket mengeluarkan benda benda pelik. Akhirnya,Thomas sampai ke Melaka,singgah sekejap nak minum air kelapa muda.Penat berlayar tu...
Alang alang dah singgah dia pun berhasrat menunjukkan ciptaannya tu pada orang melayu kat situ.Biasalah..kalau kat India ke,China ke,Jepun ke sampai ke Thailand, orang kat sana di panggil nak tunjuk teknologi ni cepat datang berhimpun.Tapi kat orang Melayu ni lambat banyak.Kalau Thomas sebelum subuh dia pergi susun sejadah berdiri mungkin ramai yang datang tengok pagi tu.Silap silap sembahyang subuh entah kemana.nak Bagi can kat sejadah tu sembahyang agaknya.
Selepas tiga hari tiga malam buat pengumuman,ada jugalah orang melayu seorang dua yang berminat nak tengok ciptaan anak lelaki Edi ni. Jadi Thomas ni dengan loghat inggeris-melayu nya pun tunjuklah kacanya yang boleh menyala tu. Mula mula dia sambung wayar kat alat yang boleh menjana elektrik (sekarang dinamakan bateri). Lepas siap sambung semua,dia pun tekan sius.
Pap..!!! Menyala mentol tu terang bederang...
Tapi dia pelik tak ada tepukan gemuruh seperti negara lain yang dia singgah.Dia buat sekali lagi. Tutup suis kemudian dihidupkan semula...menyala lagi..Lepas 50 kali dia buat benda sama akhirnya ada satu suara yang menjerit padanya..
"Eleh..trick je tu.." kata seorang Melayu dengan nada mengejek dan disambut ejekan yang berderet deret.
Thomas berasa amat malu dan menyesal kerana menunjukkan ciptaannya kat situ terus kemas meja,beg dan terus berlayar balik ke Ohio,Amerika(tempat asalnya). Dalam perlayaran balik tu, kata kata ejekan itu terus terngiang ngiang di telinganya..."Eleh..trick je tu..Eleh..trick je tu..Eleh..trick je tu.."
Sampai kat Amerika,dia pun cerita pada anak isterinya,jiran tetangga, ketua kampung,rakan sekerja dan sebagainya..perkataan "Eleh..trick je tu.." menjadi buah mulut seluruh Amerika dan akhirnya menjadi nama pada arus tersebut. Untuk dikomersialkan di seluruh dunia,maka ia ditukarkan kepada Electric (bahasa inggeris) @ Elektrik dalam bahasa melayu...
Begitulah adanya..korang nak percaya atau tak ikut koranglah.Yang penting Wak nak pesan..lain kali kalau ada orang nak tunjuk teknologi baru ambil perhatianlah sikit.Bukan pasal sejadah yang budak umur 10 tahun susun sebelum subuh korang nak hairan.Jepun dah cipta robot,kita nak susun Lego pun terkial kial. Satu lagi pesan Wak' "Sila Matikan Suis Yang Tidak Digunakan...Jimatkan Eleh..trick Kita".
Friday, November 6, 2009
Polisi 5s
Sebenarnya dalam Polisi 5S ni,Kementerian Pertahanan komited mengamalkan budaya kerja berkualiti dengan persekitaran kondusif untuk menjadi organisasi bertaraf lima bintang. Fuh...ayat untuk menerangkan pasal polisi ni memang ringkas dan padat.Bak kata orang muda 'Ayat Power'. Sepower power patah perkataan ni pun berbulan juga Wak nak faham.Bertapa kat Gunung Ledang 2 bulan (itu belum masuk cerita Wak menentang Si Tora Harimau Jadian ketika pertapaan). Wak kena joging dari KL ke KB untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan.Kena masuk hutan kat Bukit Fraser 7 hari 7 malam.Nasib baik tak kena culik dengan Hawa,si puteri bunian tu.tak pasal pasal dia minat kat Wak.Main tiup tiup telinga pulak nanti.(Tapi kira ok gak boleh Wak jual Bio Aura kat alam bunian sebab Wak tengok tasik diaorang tu macam tercemar je..nak jual One Drop Perfume pun boleh agaknya.Orang bunian ni sinonim dengan wangi wangi.)
Entah apa apa dah Wak melalut ni,kat mana kita tadi???Oh....pasal polisi 5S tadi kan.Selepas melalui semua proses pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang mencabar tu dapatlah Wak faham huduh huduh (sikit - sikit).Polisi tu kiranya macam garis panduanlah.pasal apa,macammana,kat mana dan macam macam persoalan nak buat bendani. Macam Polisi Insurans tu. Jangan pula korang samakan Polisi ni dengan Polisi dekat Indonesia.Itu dah kira sebagai polis (Wak pun tak faham kenapa diaorang nak tambah 'I'. Mungkin nak lain dari negara lain kot.Mungkin mereka fikir kalau mereka guna polis sebagai polis mereka dituduh meniru bahasa pula.Pastu kena 'Ganyang' banyak negara.Sebagai jalan selamat mereka gunakan Polisi..bijak..bijak).Berbalik pada polisi 5S kita ni bapak bapak, ibu ibu..ayat pertama ialah mengamalkan budaya kerja berkualiti.Maksudnya bukanlah kami selama ni buat kerja sia - sia.Tapi dengan 5S,kerjasama ditingkatkan.Kalau kat Cawangan Perjawatan ni tahap kerjasama sampai berebut nak kemas meja orang.Kerja juga lebih sistematik.Contohnya dulu kalau nampak sampah,sepak sampah tu sampai tong sampah.Koman koman tepi tong sampah je.Tak sistematik lansung!!!Sekarang..kutip dengan tangan pergi kat tong sampah masukkan dengan cermat dalam tong tu.Hah..kan berkualiti tu.Contoh lagi..dulu buat kerja meja berterabur dengan fail,pen sampai 100 batang,cawan @ mug ada sampaikan handbag,topi keledar pun atas meja.Sekarang 1kerja 1Fail,1 pen.Kan nampak kemas dan sistematik.Nak lagi contoh???
Ayat kedua pula persekitaran kondusif untuk jadi organisasi 5 bintang. Persekitaran kondusif maksudnya persekitaran yang sedap mata memandang,teratur,kemas.Senang cerita kalau pejabat nampak rupa pejabat.Tak nampak macam tongkang pecah. Kalau tandas nampak rupa tandasnya.Taklah nampak macam 'Tapak Projek'. Bila dah kondusif Mindef pun orang tengok macam masuk hotel 5 Bintang. Asal pergi KL je mesti melawat Wisma Mindef (Jadi kawasan perlancongan lah pulak).Tapi kekondusifan yang dimaksudkan tu bukan sahaja bangunan,tapi kakitangannya,sistem kerjanya.Gempak siot kalau orang mindef boleh buat macam tu.