Friday, November 13, 2009

Asal Usul Elektrik

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.(Ehem...Wak memang dah hafal definasi elektrik ni,Fizik dapat 7 masa SPM dulu,orang lain dapat 1 je). Ramai yang dah tahu antara orang yang menemui elektrik ni adalah Benjamin Franklin yang pernah menerbangkan layang layang ketika hujan kilat (tak takut kena sambar petir agaknya). Benjamin Franklin Seterusnya saintis lain seperti Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798) dan André-Marie Ampère (1775–1836).Tapi yang paling glamor rasanya ialah pencipta mentol, Thomas Edison (a.k.a Thomas Alva Edison). Thomas Edison pegang mentol dengan penuh bergaya Tapi ramai yang tak tahu dari mana datangnya nama elektrik ni. Kita pernah dengar unit Voltan sebagai unit untuk beza keupayaan elektrik yang ditemui oleh Alessandro Volta (1745-1827) dan Ohm (rintangan dalam elektrik) yang ditemui oleh Georg Simon Ohm (1789-1854). Jadi biarlah Wak nak cerita kat sini dari mana perkataan elektrik ni ditemui. Untuk pengetahuan korang juga. Kisahnya bermula apabila anak lelaki Pak Edi ni, Thomas pergi mengembara ke serata dunia untuk memaklumkan penemuan mentolnya sambil mencari nama untuk arus yang membolehkan Mentolnya menyala.Iyalah benda canggih zaman tu,mestilah nak eksyen kan.Korang ada handset baru harga ribuan ringgit pun nak eksyen juga kan?Lebih lebih lagi kat kedai makan...Sepanjang pengembaraan di seluruh dunia Thomas Edison (anak lelaki Pak Edi) dengar macam macam perkataan yag mengambarkan kekaguman pada ciptaannya.Sebelum tu Wak nak cerita yang perkataan "Mentol" dah tercipta tetapi elektrik belum wujud lagi.Ia cuma digelar "Eeeee.." sebagai tanda kalau korang pegang benda tu sewenang wenangnya maka mulut korang akan berbunyi macam tu. Sambung semula cerita...dekat India dia dapat nama "Ayoyo" yang mana selepas orang India tengok kaca tu bercahaya mereka beramai ramai menyebut "Ayoyo...". dan Kat jepun dapat nama Doraemon,yang konon kononnya si Thomas ni adalah kucing ajaib yang ada poket mengeluarkan benda benda pelik. Akhirnya,Thomas sampai ke Melaka,singgah sekejap nak minum air kelapa muda.Penat berlayar tu... Alang alang dah singgah dia pun berhasrat menunjukkan ciptaannya tu pada orang melayu kat situ.Biasalah..kalau kat India ke,China ke,Jepun ke sampai ke Thailand, orang kat sana di panggil nak tunjuk teknologi ni cepat datang berhimpun.Tapi kat orang Melayu ni lambat banyak.Kalau Thomas sebelum subuh dia pergi susun sejadah berdiri mungkin ramai yang datang tengok pagi tu.Silap silap sembahyang subuh entah kemana.nak Bagi can kat sejadah tu sembahyang agaknya. Selepas tiga hari tiga malam buat pengumuman,ada jugalah orang melayu seorang dua yang berminat nak tengok ciptaan anak lelaki Edi ni. Jadi Thomas ni dengan loghat inggeris-melayu nya pun tunjuklah kacanya yang boleh menyala tu. Mula mula dia sambung wayar kat alat yang boleh menjana elektrik (sekarang dinamakan bateri). Lepas siap sambung semua,dia pun tekan sius. Pap..!!! Menyala mentol tu terang bederang... Tapi dia pelik tak ada tepukan gemuruh seperti negara lain yang dia singgah.Dia buat sekali lagi. Tutup suis kemudian dihidupkan semula...menyala lagi..Lepas 50 kali dia buat benda sama akhirnya ada satu suara yang menjerit padanya.. "Eleh..trick je tu.." kata seorang Melayu dengan nada mengejek dan disambut ejekan yang berderet deret. Thomas berasa amat malu dan menyesal kerana menunjukkan ciptaannya kat situ terus kemas meja,beg dan terus berlayar balik ke Ohio,Amerika(tempat asalnya). Dalam perlayaran balik tu, kata kata ejekan itu terus terngiang ngiang di telinganya..."Eleh..trick je tu..Eleh..trick je tu..Eleh..trick je tu.." Sampai kat Amerika,dia pun cerita pada anak isterinya,jiran tetangga, ketua kampung,rakan sekerja dan sebagainya..perkataan "Eleh..trick je tu.." menjadi buah mulut seluruh Amerika dan akhirnya menjadi nama pada arus tersebut. Untuk dikomersialkan di seluruh dunia,maka ia ditukarkan kepada Electric (bahasa inggeris) @ Elektrik dalam bahasa melayu... Begitulah adanya..korang nak percaya atau tak ikut koranglah.Yang penting Wak nak pesan..lain kali kalau ada orang nak tunjuk teknologi baru ambil perhatianlah sikit.Bukan pasal sejadah yang budak umur 10 tahun susun sebelum subuh korang nak hairan.Jepun dah cipta robot,kita nak susun Lego pun terkial kial. Satu lagi pesan Wak' "Sila Matikan Suis Yang Tidak Digunakan...Jimatkan Eleh..trick Kita".

No comments:

Post a Comment