Wednesday, November 18, 2009

Kereta Kancil Yang Luas dan Lapang

Semalam Wak sempat bersihkan kereta Kancil Wak yang penuh dengan tisu buangan Amir dan maknya.Sambil sambil mengemas tu Wak teringat satu cerita tentang kereta Kancil.Tapi bukan kancil Wak.Kancil Faez. Kisahnya bermula apabila Cawangan Perjawatan nak buat makan makan sebagai riadah perut sewaktu rehat.Nak makan ikan bakar kat Keramat.Nak dijadikan cerita lagi,ramai kakitangan ada masalah dengan kenderaan.Yang paling banyak kereta kena blok dengan kereta lain..Tak senonoh betullah.Dah tahu nak parking belakang kereta orang janganlah tarik handbrek.Kalau takut kereta bergerak sendiri letak bata kat tayar.Tak kiralah tayar depan ke,belakang ke,kereta korang..korang punya hal.Rasa susah nak cari bata,bawa dari rumah.Tak nye berat sangat menatang tu.. Tutup cerita pasal bloking kereta orang ni,kita sambung cerita tadi.Jadi..kereta yang tak ade masalah cuma kereta Kapten Yus dengan Faez. Wak mestilah dengan motor Kriss kesayangan Wak.Pn. Liana dengan Zue merempit sewenang wenangnya. Sarjan dan Abg Dan pun naik motor. Dilla yang EL kerana mengalami pendarahan kentut tiba tiba sihat dan datang ke pejabat. Chif Puzi masih berkira kira nak bawa motornya kerana motornya parking jauh sangat dari Wisma. Yang mana tinggal tu mestilah menumpang kasih kereta orang.Multi Purpose Vehicle (entah ye atau tak Wak eja ni) Kapten Yus telah menumpangkan beberapa orang. Faez sebagai pemilik kereta telah melantik En Rapi sebagai pemandu keretanya.Maklumlah jalan sesak waktu rehat.Tak biasa..lagipun Faez tak pernah pergi kat Pasar Keramat tu. Bagi mempastikan ruang dalam kereta kancil tu digunakan sepenuhnya,En.Rapi dengan sistematiknya mengarahkan agar yang kecik kecik masuk dulu.Semestinya Wani dan Mek Tie menjadi sasaran orang yang bergenetik kecik.Lepas tu baru Diana,Ros dan Dilla masuk dalam kereta kancil yang ramai yang dah tahu sememangnya agak kecil. Jika dikira penumpang termasuk dengan pemandu sekali,jumlahnya 7 orang.Untuk menyakinkan lagi Faez kira pula dengan mengunakan kalkulator saintifiknya.En.Rapi guna batang lidi je macam zaman darjah satu dulu tu.Sah memang tujuh orang dalam kancil tu...!!! Faez dengan kaget berkata pada En.Rapi "Sesak kereta ni Abg.Rapi..." En.Rapi dengan loghat ganu nya pun membalas "Dok pe..kite tamboh se lagi..jadi 'lapang'.." Akhirnya..Chif Puzipun tak perlu fikir banyak kali nak melangkah jauh pergi ke motorsikalnya sebab dapat menumpang kereta kancil faez yang sebenarnya lapang kalau naik lapan orang.

No comments:

Post a Comment