Sebenarnya dalam Polisi 5S ni,Kementerian Pertahanan komited mengamalkan budaya kerja berkualiti dengan persekitaran kondusif untuk menjadi organisasi bertaraf lima bintang. Fuh...ayat untuk menerangkan pasal polisi ni memang ringkas dan padat.Bak kata orang muda 'Ayat Power'. Sepower power patah perkataan ni pun berbulan juga Wak nak faham.Bertapa kat Gunung Ledang 2 bulan (itu belum masuk cerita Wak menentang Si Tora Harimau Jadian ketika pertapaan). Wak kena joging dari KL ke KB untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan.Kena masuk hutan kat Bukit Fraser 7 hari 7 malam.Nasib baik tak kena culik dengan Hawa,si puteri bunian tu.tak pasal pasal dia minat kat Wak.Main tiup tiup telinga pulak nanti.(Tapi kira ok gak boleh Wak jual Bio Aura kat alam bunian sebab Wak tengok tasik diaorang tu macam tercemar je..nak jual One Drop Perfume pun boleh agaknya.Orang bunian ni sinonim dengan wangi wangi.)
Entah apa apa dah Wak melalut ni,kat mana kita tadi???Oh....pasal polisi 5S tadi kan.Selepas melalui semua proses pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang mencabar tu dapatlah Wak faham huduh huduh (sikit - sikit).Polisi tu kiranya macam garis panduanlah.pasal apa,macammana,kat mana dan macam macam persoalan nak buat bendani. Macam Polisi Insurans tu. Jangan pula korang samakan Polisi ni dengan Polisi dekat Indonesia.Itu dah kira sebagai polis (Wak pun tak faham kenapa diaorang nak tambah 'I'. Mungkin nak lain dari negara lain kot.Mungkin mereka fikir kalau mereka guna polis sebagai polis mereka dituduh meniru bahasa pula.Pastu kena 'Ganyang' banyak negara.Sebagai jalan selamat mereka gunakan Polisi..bijak..bijak).Berbalik pada polisi 5S kita ni bapak bapak, ibu ibu..ayat pertama ialah mengamalkan budaya kerja berkualiti.Maksudnya bukanlah kami selama ni buat kerja sia - sia.Tapi dengan 5S,kerjasama ditingkatkan.Kalau kat Cawangan Perjawatan ni tahap kerjasama sampai berebut nak kemas meja orang.Kerja juga lebih sistematik.Contohnya dulu kalau nampak sampah,sepak sampah tu sampai tong sampah.Koman koman tepi tong sampah je.Tak sistematik lansung!!!Sekarang..kutip dengan tangan pergi kat tong sampah masukkan dengan cermat dalam tong tu.Hah..kan berkualiti tu.Contoh lagi..dulu buat kerja meja berterabur dengan fail,pen sampai 100 batang,cawan @ mug ada sampaikan handbag,topi keledar pun atas meja.Sekarang 1kerja 1Fail,1 pen.Kan nampak kemas dan sistematik.Nak lagi contoh???
Ayat kedua pula persekitaran kondusif untuk jadi organisasi 5 bintang. Persekitaran kondusif maksudnya persekitaran yang sedap mata memandang,teratur,kemas.Senang cerita kalau pejabat nampak rupa pejabat.Tak nampak macam tongkang pecah. Kalau tandas nampak rupa tandasnya.Taklah nampak macam 'Tapak Projek'. Bila dah kondusif Mindef pun orang tengok macam masuk hotel 5 Bintang. Asal pergi KL je mesti melawat Wisma Mindef (Jadi kawasan perlancongan lah pulak).Tapi kekondusifan yang dimaksudkan tu bukan sahaja bangunan,tapi kakitangannya,sistem kerjanya.Gempak siot kalau orang mindef boleh buat macam tu.
No comments:
Post a Comment