King Kong sedang bersedia nak tumbuk dadanya.Lambang Kejantanan
Sebelum Wak bagitahu jawapannya..biar Wak cerita sejarahnya yang akan menjelaskan jawaban lebih terperinci.
Satu ketika dulu masa King Kong ni dilahirkan bapa kepada King Kong ni sangat gembira. Punyalah gembira dan nak bagitahu satu dunia hutannya tu bahawa dia ni sememangnya jantan.Kalau tak jantan takkan mengandung mak King Kong tu kan. Bapa King Kong ni berfikir macammana nak bagitahu seluruh hutan.Nak buat pengumuman..dia bukan setakat buta huruf,satu bahasa pun tak tahu.Setakat 'ho..ho..ho' jelah yang dia reti. Akhirnya diapun dapat satu idea..dia mesti menggunakan penumbuknya yang amat terkenal sangat kuat tu..Lantas dia pun menumbuk,bukan kat dada seperti sekarang..tapi kat tempat yang mana kalau ditunjuk memang sahihlah jantannya. Sekali dia tumbuk,senak perut.Dua kali tumbuk "PEEEEECAAHHH.....!!!" Sejak kejadian tragis dan bodoh tu,bapa King Kong tu automatik menjadi mandul.Jadilah King Kong tu anak tunggal..King Kong tu pun bila dah besar pun ambil iktibar dari kebodohan bapanya agar nak tunjuk kejantanan jangan kat 'situ'. Itu pasallah King Kong kalau nak tunjuk kejantanan mesti tumbuk kat dada,kalau dia tumbuk kat tempat sensitif tu mesti gelap masa depannya.Dan sebab tu jugalah King Kong ada seekor je.Kalau bapa King Kong tu tak mandul mesti banyak lagi adik beradiknya yang boleh dia mengawan bila dah besar. Skill King Kong tunjuk kejantanan ni sebenarnya dah dipraktikan oleh kaum lelaki juga.Asal nak tunjuk hero ke,eksyen ke atau riak mesti tumbuk dada.Kenapa korang tak percaya...???Tak percaya tak pelah tapi jangan pula korang tanya Wak pula,kalau orang lelaki nak tunjuk kejantanan @ kelakian mesti tumbuk dada,orang perempuan nak tunjuk kewanitaan macam mana pulak?. Heh...Itu Wak tak tahu, tapi Wak pasti diorang takkan berani tumbuk kat dada punyalah..Kah..Kah..Kah..
No comments:
Post a Comment